1,100 KELUARGA TERIMA KURNIAAN SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN PERMAISURI JOHOR
Sebanyak 1,100 keluarga di seluruh Negeri Johor yang memerlukan telah menerima kurniaan istimewa sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-62 DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, hari ini (14 Ogos).
200 keluarga menerima kurniaan itu di daerah Johor Bahru, manakala 100 keluarga menerima kurniaan di setiap daerah yang lain.
Sumbangan kurniaan ini telah ditumpukan kepada keluarga B40 berbilang bangsa, keluarga yang mempunyai ahli OKU atau lumpuh, serta keluarga Orang Asli.
Kurniaan telah disalurkan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) melalui Pegawai Daerah masing-masing, di mana setiap keluarga menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan makanan asas harian.
Turut bekerjasama dengan YRZSNJ menghulur sumbangan untuk kurniaan ini, Yayasan Ng Teng Fong Charitable Foundation dari Singapura.
#theroyaljohor
#royalpressoffice
#johor